Aku buat blog sekadar suka-suka.. dari suka-suka, aku buat tempat untuk aku luahkan perasaan yang mana aku tak boleh nak luah kat siapa-siapa.. jadi macam-macam yang aku luahkan.. kalau ada terasa dengan kata-kata aku.. aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.. tapi aku berhak meluahkan apa yang aku rasa jadi korang tak boleh nak judge aku.. ;)

Thursday, June 10, 2010

Sekadar renungan dan fikirkan...

Pagi nih, aku browse Harian Metro online, dan aku terjumpa artikel bertajuk "Buang Bayi gejala jahiliah moden" oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh (19/2/2010)
bacalah...

APALAH dosa bayi yang tidak berdosa dibuang. Betapa kejam dan tidak berhati perut manusia yang berbuat demikian. Sudahlah melakukan dosa besar dengan berzina kemudian membunuh pula anak hasil hubungan haram berkenaan. Apa sudah jadi dengan remaja kita tanpa segan silu melakukan perbuatan keji itu? Sanggup membunuh dan yang terbaru sanggup mereka membakar bayi. Tong sampah, kotak, masjid, depan rumah adalah antara tempat yang pernah menjadi pilihan untuk membuang bayi. Lebih menyedihkan lagi, media melaporkan ada bayi yang didagangkan semata-mata mahu mengejar kekayaan duniawi yang sementara ini.
Kes itu dipercayai antara ribuan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah yang dilakukan pasangan muda-mudi terlanjur dalam perhubungan mereka. Al-Quran dan sunnah acap kali memperingatkan betapa bernilai hidup setiap makhluk Allah. Janin yang baru berada dalam perut ibu walaupun masih pada proses awal, bahkan binatang dan tumbuhan dilarang untuk dicabut nyawa hidup-hidup, kecuali berdasarkan ketentuan yang dibenarkan Allah.
Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan yang sah.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa." (Surah asy-Syura ayat 49-50).
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci kerana secara fitrahnya berhajat dan mengharapkan kurniaan itu. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini yang mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).
Realitinya, isu pembuangan dan pembunuhan bayi mengingatkan kita pada zaman sebelum kedatangan Islam iaitu zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah mereka membuang bayi perempuan yang dianggap memalukan keluarga mereka. Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang jika bayi yang tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud, "Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab." (Riwayat Bukhari).
Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada 83 kes berkenaan, 79 membabitkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Manakala empat kes pembuangan janin.
Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan anak pada zaman jahiliah moden ini bukan kerana takut miskin, tetapi perbuatan keji yang mereka lakukan itu adalah untuk menutup malu yang menimpa mereka selepas melakukan perzinaan.
Pasangan lelaki dan wanita yang selalu dikaitkan dengan isu pembuangan bayi ini ialah mereka yang tertekan dengan keterlanjuran terutama yang melahirkan bayi di luar nikah.
Pada zaman jahiliah, mereka membunuh kerana khuatir anak mereka diperkosa atau berzina. Bagaimanapun, pada zaman jahiliah moden ini anak dibunuh kerana ibunya sendiri diperkosa atau berzina. Kepada dua golongan wanita ini, kembalilah kepada fitrah hidup manusia yang sebenar. Sudahlah terlanjur membuat dosa sehingga hamil tanpa ikatan perkahwinan. Kemudian menambah bilangan dosa dengan menyeksa bayi berkenaan dengan membuangnya bagaikan sampah-sarap.
Firman Allah yang bermaksud: "Tidakkah patut bagi manusia apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu ada bagi mereka pilihan lain tentang urusan mereka." (Surah al-Ahzab ayat 36). Kepada remaja, sedarlah hidup pada zaman remaja hanya sementara. Pilihlah kehidupan yang baik. Pilihlah kawan yang baik. Anda sudah cukup bijak memilih. Anda bertanggung jawab ke atas perbuatan anda. Jangan salahkan sesiapa atas tingkah laku anda.
Kepada ibu bapa jika berlaku perkara yang tidak diingini, sama-sama pikul tanggungjawab. Jangan biarkan remaja bersendirian. Sedangkan Nabi maafkan umatnya. Jangan pula ditambah dosa dengan membiarkan remaja melakukan pembuangan bayi yang dilahirkan. Jika anda rasa bayi berkenaan malu dan menyusahkan, anda berhubunglah dengan anggota kebajikan masyarakat yang bertanggungjawab dan memahami masalah anda. Ramai ibu bapa lain yang memerlukan bayi untuk dijadikan anak angkat.

Wednesday, June 9, 2010

Aku ni jujur atau tidak???

mesti korang heran ngan tajuk aku tuh.. huhuhu.. aku bukan lah sejahat2 yang korang pikirkan.. yang aku mahu maksudkan di sini adalah tentang jujur dalam perhubungan, persahabatan dan percintaan.. ahahahah... chewah.. ok lah aku kecik kan skop aku tuh.. aku nak cite pasal jujur dalam percintaan je.. aku tak tahu sama ada aku jujur atau tidak, tapi apa yang aku rasakan sekarang adalah kosong.. aku ada pakwe, tapi masalah nye, pakwe aku tuh slalu takde masa untuk aku, msj n call aku pun kdang2.. kalo die rasa die perlukan aku, die msj la.. aku tak nak salah kan die kerana komitment dia terhadap kerjanya terlalu tinggi, yang menjadi masalah nye sekarang, aku yang menanggung rindu yang teramat sangat. nak di pendekkan cerita, aku curang ngan die.. makna curang tuh, aku msj ngan orng lain.. tapi tak melibatkan perasaan, yelah, baru nak kenal2, mungkin sekarang perasaan tu takde lagi, tapi aku takut, pada masa akan datang, perasaan tu timbul gara2 aku selalu ditinggalkan pakwe aku... apa aku nak buat.. di sini la tahap kejujuran aku terbukti samada aku ni jujur atau tak..apa korang fikir?? jujur ke tak aku nih?? blurr??? hahahah.. aku mmg suka memblurkan korang.. takpe la.. paham2 je la ye.. hurm.. apa aku nak buat nih?? aku dalam dilema.. sekarang aku masih sayang lagi ngan pakwe aku tuh, tapi tak tahu la pada masa akan datang...

Monday, June 7, 2010

Menghitung Hari...

Menghitung hari .. detik demi detik.. hehehehe... saje je.. bukan nak menulis lirik lagu kris dayanti, tapi nak bagitahu kat semua, aku mengitung hari nak balik Sarawak tanah airku. Tak sabar rasanya nak balik, yelah semua adik bradik ku tgh berkumpul kat rumah sekarang... aku jeles plak, yelah.. semalam mak aku call, aku dgr buyi kat blakang mcam riuh je dengan suara adik bradik ku.. tambah lagi dgn suara anak2 buah ku.. huhu.. time 19 june nih nanti mesti meriah lagi, kazen aku nak kawen, wat majlis kat kampung bagi pihak sebelah lelaki plak.. kazen aku yang kawen tu laki2.. huhuh.. mesti penuh rumah tuh nanti.. yelah.. family aku termasuk mak bapak aku dah 16 orng... tmbah lagi anak2 pakcik2 aku.. huhuh.. mesti meriah... tak sabar nak balik wey...

nak cakap kat cni skit, ari jumaat tuh aku kuar ngan pakwe aku.. aku overnite kat umah kawan aku.. huhuh... best nye.. pagi tuh die amik aku kat rumah kawan aku n die hantar aku balik kolej, sebelum tuh kteorng breakfast dulu kat restorant bistro kat puncak perdana nih.. skejap je.. lepas tuh die berebut nak balik sebab tgh hari tuh die nak gi stadium tgk orng main ape ntah.. huhuh.. aku tak tahu.. tak kisah la die nak tipu aku atau tak.. mane2 je lah.. lepas ari tuh.. sampai skrang die tak msj n call aku.. balas msj and angkat call aku pun die tak.. sedey tau tak.. apa aku nak buat ye?? aku cinta sangat2 kat die.. die slalu je hilang.. bile die rasa nak jumpa aku, baru die msj n call.. CINTA ke namanya?? tolong lah aku.. aku tak tahu nak fikir ape lagi dah.. slalu aku tanya die, die SAYANG aku tak?? die ckap mcam nih, kalo tak sayang, die takkan sanggup amik aku and hantar aku balik kolej, dari pat keje tuh die amik aku, lepas tuh hantar aku balik.. byar tol mau tak nye sampai 40 ringgit.. yelah first time die datang puncak perdana tuh.. our fisrt date, die ulang alik2 tak tahu jalan, sampai tol gate girl tuh kenal die dah.. hahahahah... kesian plak aku kat die.. makan lagi, die yang byar semua, topup kan aku, siap bagi aku duit suh beli makanan... aku sayang sangat kat die.. tau tak, die tuh non-muslim... tapi aku tak kisah semua tuh, agama boleh di pupuk.. tapi die nak ke convert.??? .aku dalam dilema.. kenapa la aku slalu dijodoh kan dengan orng bukan Islam.. Tuhan nak aku bimbing mereka ke?? aku ni bukan nya alim sngat.. smayang pun slalu ON OFF ON OFF.. tolong lah aku... :((

aduh..... pening sudah kepala aku...

huhuhuh.... macam bus express.. tak.. tak..tak.. mcam bullet train plak tutor ni ajar.. pening sudah kepala aku.. dah la fully english.. lagi la pening kepala aku.. bukan sebab tak paham.. sebab die tak berhenti cakap.. asyik ckap je.. huhuhhu.. rasa nak muntah je.. OMG.. please la.. i need a fresh air..

Tuesday, June 1, 2010

terharu n a bit lighten up this morning...

yeayyyyy.... dapat coklat pagi nih from our tutor, Kelvin Ng.. hehehe.. terharu.. rasa bersalah la plak.. n pagi nih jugak die bagi hadiah yang die janjikan kepada pemenang quiz die ari tuh.. even hadiah sama je untuk setiap group, tapi group yang menang pilih dulu hadiah apa yang kitorang nak.. heheheh.... aku amik document case jew... cute.. nanti aku upload... heheheh...